PUERTAS (tengah) meraikan jaringan ketika menentang Getafe di  Stadium Estadio Coliseum Alfonso Perez . - FOTO EPA
PUERTAS (tengah) meraikan jaringan ketika menentang Getafe di Stadium Estadio Coliseum Alfonso Perez . - FOTO EPA
Reuters

GRANADA terlepas peluang meneruskan ‘dongeng’ mereka musim ini dan gagal merampas takhta La Liga apabila tewas 1-3 di Getafe, awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-35 menerusi rembatan penyerang, Angel Rodriguez selepas Granada kehilangan bola di bahagian tengah.

Mereka menggandakan jaringan enam minit kemudian apabila Mauro Arambarri menanduk masuk bola sepakan sudut yang gagal dijangkau penjaga gol lawan, Rui Silva.

Pemain sayap Granada, Antonio Puertas merapatkan kedudukan selepas menolak bola muntah dari jarak dekat pada minit ke-74 tetapi David Timor mengesahkan kemenangan tuan rumah menerusi sepakan percuma pada minit ke-88.

Granada menduduki tangga teratas liga pada Ahad lalu selepas menewaskan Real Betis 1-0 tetapi kini menduduki tangga ketiga dengan 20 mata daripada 11 perlawanan, satu mata di belakang Real Madrid dan dua mata di belakang pendahulu, Barcelona yang memiliki kelebihan satu perlawanan.

Getafe pula melonjak ke tangga kesembilan dengan 16 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 November 2019 @ 7:23 AM