Reaksi Bale seolah-olah menggunakan teropong curi perhatian. FOTO Agensi
Reaksi Bale seolah-olah menggunakan teropong curi perhatian. FOTO Agensi
Agensi

GARETH Bale dirakam seolah-olah mengejek Zinedine Zidane sekali lagi selepas dia tidak diturunkan ketika Real Madrid mencatat kemenangan ke atas Granada.

Kemenangan tipis 2-1 menjadikan kemenangan kesembilan berturut-turut buat Los Blancos yang hanya memerlukan hanya satu lagi kemenangan untuk menjuarai La Liga.

Bintang Wales itu tidak beraksi untuk perlawanan kali kedua berturut-turut namun dia kelihatan gembira dengan pelbagai aksinya di tempat duduk pemain simpanan.

Jumaat lalu beberapa peminat Real merakamkan gambar pemain itu tidak memakai pelitup muka dengan cara betul selain turut tertidur ketika pasukan itu menewaskan Alaves.

Bale terus dengan gelagatnya kali ini seolah-olah menggunakan 'teropong' melihat keadaan sekeliling ketika pasukan bergelut mencatat kemenangan ke atas lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 3:16 PM