ZIDANE (kiri) beri pujian tahap permainan Benzema musim ini. FOTO AFP
ZIDANE (kiri) beri pujian tahap permainan Benzema musim ini. FOTO AFP
AFP

Madrid: Penjaring terbanyak Real Madrid musim ini, Karim Benzema berkata, mereka berada di landasan terbaik untuk muncul juara La Liga selepas berpeluang untuk kembali ke tangga teratas apabila menentang Eibar awal pagi Isnin.

Madrid yang kali terakhir berada di tangga teratas liga musim lalu, mengekori pendahulu Atletico Madrid dan hanya dibezakan dengan jaringan gol di bawah pasukan tempat kedua, Real Sociedad.

Selepas meledak dua gol ketika mencatat kemenangan ke atas Athletic Bilbao Rabu lalu Benzema sudah mengumpul 10 gol dalam semua kejohanan musim ini.

Jurulatih Zinedine Zidane berada dalam tekanan selepas gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut November lalu sehingga media Sepanyol mengaitkan kedudukannya bakal diganti bekas pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino dan legenda Madrid, Raul.

"Kami berada di landasan terbaik. Kami akan sama-sama bekerjasama, kami menjaringkan gol dan tidak akan bolos.

"Kami harus meneruskannya perlawanan demi perlawanan," kata pemain berusia 32 tahun itu.

Zidane memuji Benzema, yang kali terakhir beraksi bersama Perancis pada 2015, adalah salah seorang penyerang tengah terbaik di dalam negara mereka selepas aksi pertengahan minggu ini.

Pemenang Piala Dunia itu memuji Benzema kerana tidak saja bertindak pentingkan diri tapi turut melakukan tiga hantaran menghasilkan jaringan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 2:57 PM