MESSI, Ronaldo dijangka bertembung semula pada saingan Liga Juara-Juara. FOTO Agensi
MESSI, Ronaldo dijangka bertembung semula pada saingan Liga Juara-Juara. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Permusuhan antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo menghiasi saingan bola sepak dalam tempoh sedekad dan kedua-dua pemain ini berpotensi untuk bertemu sesama sendiri apabila Barcelona menanti kunjungan Juventus di Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Kedua-dua bintang dalam bola sepak moden ini adalah tunjang kepada gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid sehingga Ronaldo berhijrah ke Juventus pada 2018.

Selepas bintang Portugal itu tiba dari Manchester United pada 2009, El Clsico menjadi sinonim antara kedua-dua seteru ini dengan Barcelona diketuai Messi.

Sejak Ronaldo meninggalkan Madrid, El Clasico seakan kehilangan seri, tatkala peminat seluruh dunia masih mahukan pertembungan mereka berdua.

Harapan itu musnah pada awal saingan peringkat kumpulan, apabila Ronaldo tidak beraksi Barcelona mencatat kemenangan 2-0 di Turin selepas dia didapati positif Covid-19.

Messi menjaringkan gol melalui sepakan penalti dan minggu ini mereka dijangka dapat bertemu sesama sendiri.

Kedua-dua pasukan sudah melayakkan diri untuk 16 akhir bagi Kumpulan G namun Juventus mampu memintas Barcelona jika mencatat kemenangan di Nou Camp dengan syarat meledak tiga gol atau lebih.

"Ronaldo adalah pemain terbaik jika bercakap soal mentaliti. Dia mempunyai kelebihan berbanding yang lain. Dia sudah meraih anugerah Ballons d'Or sebanyak lima kali, lima kali menjulang trofi Liga Juara-Juara.

"Dia juga membantu Portugal meraih kejuaraan Euro dan ia memang tugas sukar, hanya dia saja boleh melakukan perbezaan. Setiap tahun dia mempunyai objektif baru," kata bekas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 4:31 PM