HON Jian (kanan) dan Haikal meraih kejuaraan kedua dalam tempoh dua minggu. FOTO BAM
HON Jian (kanan) dan Haikal meraih kejuaraan kedua dalam tempoh dua minggu. FOTO BAM
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Beregu muda negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terus mencipta sensasi apabila kali ini muncul juara kejohanan Masters Guwahati di Assam, India, hari ini.

Lebih manis kejayaan Hon Jian-Haikal itu adalah yang kedua berturut-turut buat mereka dalam tempoh dua minggu.

Pada final Masters Guwahati hari ini, pasangan negara itu menundukkan beregu Taiwan, Lin Bing Wei-Su Ching Heng dengan straight set 21-17, 23-21 dalam tempoh 39 minit sahaja yang berlangsung di Kompleks Sukan Tertutup Saru Sajai, hari ini.

Minggu lalu, mereka turut mencipta nama dengan muncul juara saingan Antarabangsa India Syed Modi di Lukcnow, India.

Dalam aksi final itu, Hon Jian-Haikal mengejutkan pilihan utama dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 21-18, 21-16 dalam aksi yang berlangsung di di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, Lucknow.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 9:09 PM