KIAN Meng-Pei Jing tewas di separuh akhir Terbuka China.
KIAN Meng-Pei Jing tewas di separuh akhir Terbuka China.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Langkah dua beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk beraksi di pentas final Terbuka China terhenti selepas kecundang di tangan lawan masing-masing, sebentar tadi.

Jelas sekali, Kian Meng-Pei Jing belum capai tahap tertinggi mereka apabila tewas di tangan juara dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 19-21, 11-21 pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou.

Tang Jie-Ee Wei pula tewas di tangan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 16-21, 13-21 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Walaupun gagal meneruskan kemaraan ke final namun pencapaian mara ke separuh akhir pada kejohanan kali ini petanda positif buat kedua-dua pasangan negara itu.

Saingan Terbuka China kali ini dianggap pencapaian terbaik Kian Meng-Pei Jing selepas sering tewas di pusingan awal.

Bagi Tang Jie-Ee Wei pula, mereka berjaya melayakkan ke separuh akhir buat kali pertama dalam kejohanan bertaraf Super 1000 selepas pencapaian terbaik adalah suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 2:16 PM