ZII JIA sumbang mata tunggal negara menentang Korea Selatan. -FOTO AFP
ZII JIA sumbang mata tunggal negara menentang Korea Selatan. -FOTO AFP
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Impian pasukan campuran negara untuk mara ke perlawanan akhir Piala Sudirman 2023 tidak kesampaian apabila mereka ditunjukkan jalan keluar oleh Korea Selatan selepas kalah 1-3 dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.

Bagaimanapun, berjaya melangkah ke separuh akhir sudah mencapai sasaran yang diletakkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hasrat Malaysia untuk bermula dengan langkah kanan tidak kesampaian apabila beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tunduk kepada Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 11-21, 13-21, 7-21.

Bagaimanapun, kedudukan kembali terikat 1-1 apabila perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Jeon Hyeok Jin dengan keputusan straight set 21-11, 21-9.

Korea Selatan kembali di depan apabila K Letshanaa tidak mampu menahan asakan perseorangan nombor dua dunia, An Se Young apabila dia tumpas 10-21, 13-21.

Impian skuad berpasukan campuran negara mengheret sehingga ke penentuan beregu wanita tidak kesampaian apabila pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas kepada beregu lelaki Korea Selatan, Kim Won Ho-Na Sung Seung 12-12, 11-21.

Korea Selatan selepas ini akan bertemu dengan pemenang di antara China dan Jepun yang turun ke satu lagi aksi separuh akhir petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 1:26 PM