PEARLY dan Thinaah meraikan kejayaan menewaskan beregu Thailand. FOTO BAM
PEARLY dan Thinaah meraikan kejayaan menewaskan beregu Thailand. FOTO BAM
BERNAMA

Kuala Lumpur: Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah memulakan kempen Terbuka Denmark 2022 dengan cemerlang selepas meraih kemenangan pusingan pertama di Odense hari ini.

Pearly-Thinaah mempamerkan aksi agresif untuk menumbangkan Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul dari Thailand 21-16, 21-14 dalam kejohanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena.

Bagaimanapun, tugas besar menanti pasangan nombor 11 dunia itu pada pusingan kedua kerana mereka akan menentang pilihan utama dan juara dunia dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Qing Chen-Yi Fan menewaskan gandingan dari Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 21-7, 21-17.

Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Cheah Yee See kalah kepada pasangan China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 21-16, 21-17.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 9:11 PM