BEREGU lelaki Indonesia, Fajar Alfian (kiri) dan Muhammad Rian Ardianto  menewaskan rakan senegara Muhammad Ahsan/Hendra Setiawan di final Masters Malaysia, hari ini. FOTO FATHIL ASRI.
BEREGU lelaki Indonesia, Fajar Alfian (kiri) dan Muhammad Rian Ardianto menewaskan rakan senegara Muhammad Ahsan/Hendra Setiawan di final Masters Malaysia, hari ini. FOTO FATHIL ASRI.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto mengulangi pencapaian 2018 apabila muncul juara Masters Malaysia selepas mengenepikan rakan senegara, Mohammad Ahsa-Hendra Setiawan di final beregu lelaki, hari ini.

Fajar-Muhammad Rian jelas berada pada prestasi terbaik selepas merangkul kejuaraan ketiga tahun ini dengan mencatat kemenangan straight set 21-12, 21-19.

Mereka cukup selesa beraksi di Axiata Arena kerana enam tahun lalu turut meraih kejuaraan di gelanggang sama ketika menumbangkan pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong 14-21, 24-22, 21-13.

Fajar-Muhammad Rian yang juga pilihan kelima kejohanan akan menyambung aksi di Terbuka Singapura, minggu depan.

Sementara itu, pilihan utama beregu wanita, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan tidak berdepan masalah untuk menjinakkan wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Qing Chen-Yi Fan dari China hanya mengambil masa selama 40 minit untuk menumbangkan Nami-Chiharu 21-11, 21-12 dalam aksi selama 40 minit.

Sementara itu, beregu campuran dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong berjaya meraih menumpaskan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (Indonesia) 21-17, 21-12.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 6:20 PM