BEKAS pemain Liverpool, Jamie Carragher (kiri) yakin Liverpool lebih mantap selepas kehadiran Alisson. FOTO Agensi
BEKAS pemain Liverpool, Jamie Carragher (kiri) yakin Liverpool lebih mantap selepas kehadiran Alisson. FOTO Agensi
Agensi

TIADA jalan buat Liverpool selain memecahkan rekod pembelian dengan membawa masuk penjaga gol Alisson ke Anfield jika mahu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris, kata bekas pemain Jamie Carragher.

Liverpool melaburkan £67 juta (RM353.46 juta) untuk mendapatkan pemain Brazil itu selepas dipercayai hilang percaya terhadap dua penjaga gol utamanya, Loris Karius dan Simon Mignolet.

Pengurus Jurgen Klopp turut membawa masuk Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri pada jendela perpindahan musim panas sebagai tambahan kepada Virgil van Dijk yang menyaksikan keyakinan peminat mulai bertambah di Anfield.

Carragher antara yang turut merasa yakin dengan penambahan dibuat Liverpool dan disifatkan sebagai meningkatkan kehangatan pemburuan trofi Liga Perdana selain tanda aras hebat bagi permulaan musim 2017-18.

“Semua orang bercakap mengenai Liverpool dengan alasan yang baik,” kata bekas pertahanan Reds itu. “Kamu melihatnya apabila kami mara ke final Liga Juara-Juara apabila memperoleh Virgil van Dijk. Kita melihat impak yang dibuatnya selepas tiba pada Januari.

“Situasi di bahagian penjaga gol meningkatkan semangat semua orang. Apa yang berlaku di final Liga Juara-Juara dengan Loris Karius, benar ia mengecewakan bagi penyokong Liverpool pada malam ketika kami tewas, tetapi kami bersatu sebagai pemain apabila kamu memperoleh perlawanan yang buruk.

“Tetapi apa yang berlaku dalam perlawanan akan sentiasa, malangnya diingati untuk masa yang lama.

“Harapnya dia (Karius) akan menjadi penjaga gol yang hebat dan akan diingati tetapi Liverpool perlu melakukan perubahan kerana saya fikir sebenarnya orang tidak mempunyai kepercayaan terhadap kami untuk menjuarai liga dengan dua penjaga gol yang kami miliki itu.

“Jumlah yang dibayar adalah hebat, memecah rekod dunia dan dengan apa yang dibayar kamu menjangkakan penjaga gol terbaik tetapi dia baru dengan Liga Perdana dan kita lihat bagaimana dia (Alisson) akan mengadaptasi.

“Dia tampak tenang mengawal bola dan itulah yang Klopp mahukan daripada penjaga golnya. Jadi ketika ini di atas kertas, Liverpool nampak sebagai pencabar terkuat.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Ogos 2018 @ 3:25 PM