NADAL gembira merangkul kejuaraan Terbuka Perancis buat kali ke-13. FOTO AFP
NADAL gembira merangkul kejuaraan Terbuka Perancis buat kali ke-13. FOTO AFP
AFP

Paris: Rafael Nadal berjaya mengalahkan Novak Djokovic 6-0, 6-2, 7-5 untuk muncul juara Terbuka Perancis buat kali ke-13 dan menyamai rekod Roger Federer meraih gelaran Grand Slam terbanyak iaitu sebanyak 20 kali.

Buat pemain nombor satu dunia, Djokovic, kekalahan itu menggagalkan harapannya untuk meraih kejuaraan Grand Slam kali ke-18 dan menjadi pemain pertama sejak Rod Laver pada 1969 meraih keempat-empat kejuaraan utama sebanyak dua kali.

Nadal, 34, meraih kemenangan ke-100 di Roland Garros dengan hanya dua kali tewas sejak penampilan pertama pada 2005.

Pemain kelahiran Sepanyol itu, adalah juara paling tua di Paris sejak Andres Gimeno pada 1972, dengan meraih gelaran tanpa tumpas dalam sebarang set.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 12:06 AM