MOURINHO menyepak bola ke padang di London. FOTO AFP
MOURINHO menyepak bola ke padang di London. FOTO AFP
Agensi

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho berdepan kritikan daripada pemainnya sendiri selepas dia menyelar mereka pemalas.

Pertahanan Tottenham, Ben Davies menegaskan kekalahan kepada Everton bukan kerana kurang usaha tetapi prestasi mereka tidak cukup bagus.

Rakan sepasukan lain turut tidak senang dengan pandangan Mourinho yang enggan menyalahkan dirinya sendiri di atas kekalahan Spurs.

Mereka berasa kritikan itu tidak adil terutama apabila Mourinho berkata ramai pemain tidak dapat berlatih sepenuhnya susulan pandemik koronavirus.

Mourinho memang suka menyalahkan pemain sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati mereka apabila mempersoalkan tahap kerja, prestasi individu dan kesungguhan.

Menurut Davies: Lihat, ia aksi sukar. Saya fikir semua pemain bekerja keras. Saya sendiri memberikan semuanya. Saya tak ragu-ragu semua pemain bekerja keras tetapi cuma persembahan kami tidak pada tahap sepatutnya.''

Tottenham berdepan misi getir apabila menentang Lokomotiv Plovdiv dalam aksi palyoff Liga Eropah, Khamis ini sebelum berkunjung ke Southampton, Ahad depan.

Davies menegaskan mereka perlu bangkit dan meningkatkan prestasi selepas tewas kepada Everton. Dia yakin masih ada masa buat Spurs untuk menikmati musim lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 2:44 PM