DELE Alli (kiri) dan Marcel Sabitzer Vie semasa perlawanan bola sepak Liga Juara UEFA antara RB Leipzig dan Tottenham Hotspur, di Leipzig, Jerman Timur. FOTO AFP
DELE Alli (kiri) dan Marcel Sabitzer Vie semasa perlawanan bola sepak Liga Juara UEFA antara RB Leipzig dan Tottenham Hotspur, di Leipzig, Jerman Timur. FOTO AFP
AFP

PEMAIN tengah Tottenham Dele Alli mempersoalkan mentaliti barisan pasukannya selepas kekalahan 0-3 kepada Leipzig dalam pusingan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara pagi ini sekali gus tersingkir dari kejohanan menerusi agregat 0-4.

Marcel Sabitzer memanfaatkan dua kesilapan oleh penjaga gol Spurs, Hugo Lloris pada awal minit 21 untuk memberikan Leipzig mendahulu selesa sebelum pemain gantian Emil Forsberg menambah jaringan ketiga pada lewat permainan.

Pengurus Tottenham Jose Mourinho sekali lagi menyalahkan ketiadaan pemain utama yang cedera seperti Harry Kane dan Son Heung-min selepas gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan di semua kejohanan.

Namun Alli menegaskan ia bukan alasan yang kurang tepat di mana finalis Liga Juara-Juara musim lalu terkeluar daripada kejohanan dengan keputusan mengejutkan.

"Kami kehilangan beberapa pemain bagus, tapi inilah bola sepak, ia berlaku. Ini adalah Tottenham, pemain yang berada dalam pasukan perlu bangkit dan kami tidak menunjukkannya hari ini," kata Alli.

"Saya fikir kami harus memohon maaf kepada penyokong. Mereka kemari dari jauh dan untuk melihat pasukan tewas dengan cara ini, mereka berhak keputusan yang lebih baik."

Alli enggan menyalahkan kepada Lloris, tapi mendakwa pemain Spurs tidak mempunyai mentaliti yang kuat seperti kebangkitan di pamerkan ketika ketinggalan 0-3 menerusi agregat menentang Ajax musim lalu pada separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 8:17 AM