DAVIES gesa penyerang Spurs lebih berbisa di depan gawang lawan.
DAVIES gesa penyerang Spurs lebih berbisa di depan gawang lawan.
AFP

BEN Davies mencabar Tottenham memenangi empat perlawanan terakhir dalam misi mencerahkan peluang menduduki kelompok empat teratas dengan Brighton menunggu mereka pada awal pagi Rabu ini.

Hasrat skuad Mauricio Pochettino mengulangi kejayaan musim lalu berdepan tamparan hebat selepas tewas 0-1 di Manchester City, Ahad lalu.

Dibantu kekalahan mengejut Arsenal di tangan Crystal Palace, Tottenham kekal di tangga ketiga tetapi mereka bakal jatuh di tangga keempat jika Chelsea menewaskan Burnley, awal pagi esok.

Dengan perebutan slot Liga Juara-Juara musim depan semakin sengit, pertahanan Tottenham, Davies tahu mereka tidak boleh melakukan kesilapan dalam baki perlawanan.

Davies percaya hanya kemenangan dalam semua perlawanan itu mengesahkan kemaraan Tottenham ke kejohanan elit Eropah itu.

"Itu sasaran kami dan bermula dengan Brighton pada Selasa ini (awal pagi Rabu).”

Davies menggesa Tottenham lebih berbisa di depan gawang lawan selepas banyak peluang dilepaskan ketika menentang City.

Brighton pula amat terdesak memungut mata dalam usaha mengelak penyingkiran tetapi Davies berharap faktor tuah di stadium baharu terus menyebelahi mereka.

Skuad Pochettino menang tiga perlawanan mereka di stadium baharu berharga $1 bilion (RM5.37 bilion) itu dengan menjaringkan tujuh gol dan satu bolos.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 12:54 PM