Mourinho (kanan) mahu bawa Rose ke Old Trafford. FOTO AFP
Mourinho (kanan) mahu bawa Rose ke Old Trafford. FOTO AFP
Daily Sunday Star

JIKA mahu Danny Rose, Manchester United kena bayar £45j (RM248 juta).

Itulah tag harga diletakkan pencabar EPL, Tottenham Hotspur sekiranya pengurus United Mourinho mahu membawa pemain terbabit ke Old Trafford pada jendela perpindahan Januari.

Bos Spurs Mauricio Pochettino sebelum ini menjual pemain pertahanan kanan Kyle Walker kepada Manchester City dengan harga £50j (RM276 juta).

Pengurus dari Argentina itu juga bersedia menjual Rose.

Tindakan dibuat berikutan isu ditimbulkan Rose, 27, musim ini termasuk mengkritik polisi perpindahan kelab itu.

Pochettino yang serius dan komited bersama kelab London itu tidak suka pemain separuh hati berada di kelab itu.

Disebabkan itu, Rose boleh meninggalkan Spurs jika ada kelab lain memenuhi harga ditetapkan.

Dia turut berdepan saingan pemain bek kiri bintang Wales Ben Davies, 24 untuk mendapatkan tempat dalam skuad.

Buat masa ini laporan menyebut Rose akan meninggalkan Spurs pada Januari atau pertengahan musim depan.

United berminat mendapatkan Rose tetapi berdepan saingan musuh setempat, Manchester City.

Rose, kelahiran Doncaster turut mendapat parhatian pengurus Everton, Sam Allardyce yang mendapat lampu hijau untuk mendapatkan pemain baru.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2017 @ 4:54 PM