Timothy Castagne (kiri) menjaringkan gol pembukaan buat Leicester. FOTO AFP
Timothy Castagne (kiri) menjaringkan gol pembukaan buat Leicester. FOTO AFP
AFP

LEICESTER bangkit dari aksi mengecewakan pada penghujung musim lalu untuk memastikan kempen baharu dimulakan dengan kemenangan pertama ketika Jamie Vardy membantu menjaring dua gol penalti dalam kemenangan 3-0 di West Brom, sebentar tadi.

Pemain antarabangsa Belgium, Timothy Castagne meledak gol pembukaan pada penampilan pertamanya ketika West Brom memperoleh pengajaran berguna mengenai kualiti permainan yang bakal dihadapi selepas kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Leicester hanya memenangi dua daripada 10 perlawanan terakhir mereka untuk terlepas peluang ke saingan Liga Juara-Juara pada penghujung saingan musim lalu dan Brendan Rodgers meluahkan kekecewaannya kerana kekurangan dana untuk bersaingan dalam kelompok empat teratas musim ini.

Namun seorang pemain yang baharu ditandatangani the Foxes menampilkan impak besar ketika tandukan Casragne berpunca dari hantaran Dennis Praet memecah kebuntuan jaringan selepas 11 minit perlawanan babak kedua bersambung.

Di sebalik aksi tidak konsisten Leicester pada penghujung musim, Vardy tetap memenangi anugerah kasut emas EPL musim lalu dan pemain berusia 33 tahun itu membuktikan dua gol pada perlawanan pertama bakal mencabar dalam anugerah itu sekali lagi pada musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 12:01 AM