PEMAIN Leicester meraikan kemenangan selepas menumpaskan West Brom. FOTO EPA
PEMAIN Leicester meraikan kemenangan selepas menumpaskan West Brom. FOTO EPA
AFP

Leicester: Jamie Vardy menamatkan kemarau gol selama dua bulan selepas Leicester mengalahkan West Brom 3-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mematikan kebangkitan The Baggies.

Anak buah Brendan Rodgers sangat goyah sebelum ini selepas tumpas dalam dua perlawanan namun berjaya mempamerkan aksi mantap di Stadium King Power.

Gol separuh masa pertama melalui Jamie Vardy, Jonny Evans dan Kelechi Iheanacho membuatkan West Brom sukar untuk mengejar dan Leicester pula terus mengukuhkan permainan selepas rehat separuh masa pertama.

Leicester yang menduduki tangga ketiga, sekarang ini mendahului empat mata mengatasi Chelsea dan West Ham tatkala berbaki enam perlawanan.

Rodgers memuji perwatakan Leicester, dengan berkata beliau hanya fokus kepada pasukannya untuk bersaing merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

"Jamie Vardy sudah membuktikan sepanjang kariernya dan Kelechi Iheanacho sekarang ini menunjukkan kualitinya, dia masih lagi perlu mempertingkatkan kualiti dan masih banyak melakukan kesilapan tapi dia sudah semakin hampir.

"Kumpulan ini ada masanya tumpas namun mereka sangat berterus-terang dan mereka mahu menjadi lebih baik," kata Rodgers.

James Maddison beraksi buat kali pertama sejak Februari tatkala finalis Piala FA itu berjaya menguasai perlawanan dan mereka dilihat mudah untuk menjaringkan lima atau enam gol pada separuh masa pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 10:46 AM