UNDERTAKER kelihatan rebah di atas gelanggang. FOTO Agensi
UNDERTAKER kelihatan rebah di atas gelanggang. FOTO Agensi
Agensi

PERTEMBUNGAN antara Brock Lesnar dengan Undertaker dilabel sebagai pertemuan paling diingati dalam sejarah WrestleMania.

Undertaker sebelum itu gah dengan reputasi tidak pernah tewas sepanjang 21 tahun karier di WrestleMania.

Namun semua itu berubah di WrestleMania 30 apabila Lesnar menewaskan Undertaker menerusi gerakan popular F5 sekali gus menyaksikan Undertaker tewas kali pertama.

Stadium yang ketika itu dipenuhi lebih 75,000 penonton terdiam seketika selepas Lesnar diumum pemenang pertarungan itu.

Satu lagi perlawanan epik paling diingati adalah membabitkan Steve Austin bertemu The Rock di WrestleMania 17.

Kedua-dua bintang itu mempamerkan perlawanan sengit termasuklah paling diingati apabila Austin bermandi darah di mukanya, sama seperti ketika WrestleMania 13 bertemu Bret Hart.

Dengan bantuan Vince McMahon, Austin memenangi perlawanan itu selepas memukul The Rock beberapa kali menggunakan kerusi.

Selepas perlawanan itu, penonton mengejek Austin dan McMahon meraikan kejayaan itu dengan bersalaman bersama Austin di atas gelanggang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 2:27 PM