THE Rock (kiri) dan Undertaker ketika zaman kegemilangan mereka. FOTO Agensi
THE Rock (kiri) dan Undertaker ketika zaman kegemilangan mereka. FOTO Agensi
Agensi

New York: Dwayne 'The Rock' Johnson memuji Undertaker kerana membantunya di WWE selepas beberapa individu cuba menjatuhkannya.

Bintang berusia 48 tahun itu sebelum ini adalah antara paling terkenal di WWE sebelum dia bertukar karier kepada bidang lakonan dan berjaya di Hollywood.

Kini dia memberi penghormatan kepada Dead Man atau nama sebenarnya Mark Calaway kerana membantunya dalam dunia gusti di sebalik pesaing lain cuba untuk menghentikan kariernya.

Bercakap mengenai dokumentari terbaru 'Meeting The Undertaker' di saluran WWE, The Rock berkata: "Salah seorang individu penting yang ingin saya perkatakan adalah The Undertaker. Perkara ini tidak pernah saya kongsikan sebelum ini tetapi sekarang saya mahu berkongsi cerita ini kerana ia amat penting.

"Ketika saya memulakan karier, ada khabar angin menyatakan WWE sedang bersedia untuk mengatur perlawanan bagi perebutan tali pinggang dan kemudian ada beberapa individu yang cuba sedaya upaya untuk pastikan perlawanan itu tidak menjadi kenyataan.

"Undertaker adalah salah seorang daripadanya yang sentiasa tenang dan memberitahu saya 'jangan bimbang mengenainya. Pergi buat apa sahaja yang anda hendak lakukan. Anda mempunyai masa depan yang cerah'.

"Sokongan Undertaker amat bermakna dan saya menghormati semangat tingginya untuk terus beraksi di dunia gusti.

"Dia bertanya kepada saya, 'anda sudah berusia 30 tahun? Pasti tidak lagi. Suatu hari nanti tulang anda akan berasa sakit'.

"Saya sentiasa menghormati Undertaker kerana dia mempunyai integriti yang tinggi dan amat meminati sukan ini."

The Rock muncul antara bintang paling popular di saingan WWE ketika era 1990-an.

Dia kemudian berjaya di bidang lakonan sehingga muncul pelakon menerima bayaran paling tertinggi di Hollywood.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 1:18 PM