UNDERTAKER sudah mengumumkan persaraan Jun lalu. FOTO Agensi
UNDERTAKER sudah mengumumkan persaraan Jun lalu. FOTO Agensi
Agensi

New York: Saingan sukan berbentuk hiburan, WWE sudah melahirkan beratus-ratus bintang sejak ia mula diperkenalkan pada 1980.

Petarung seperti Dwayne Johnson dan Hulk Hogan menggunakan platform WWE sebagai batu loncatan untuk melebarkan nama ke Hollywood, namun masih ada yang setia beraksi di gelanggang.

Undertaker melakar sejarah selaku ahli gusti paling lama beraksi di WWE iaitu selama 30 tahun.

Selepas gagal menyinar di WCW, Undertaker menandatangani kontrak bersama WWE pada 1990 dan melakukan penampilan pertama pada tahun sama.

Undertaker menewaskan Hulk Hogan untuk gelaran WWE di Survivor Series pada 1991, gelaran pertama diraihnya di bawah label WWE.

Sejak itu, Undertaker muncul ahli gusti paling dikenali di dunia termasuklah bagi mereka yang tidak mengekori rapat saingan WWE.

Dia sudah terbabit dengan banyak perlawanan berprofil tinggi dalam sejarah WWE.

Sepanjang 30 tahun bersama WWE, Underkater sudah meraih segala-galanya termasuklah muncul juara WWE sebanyak tujuh kali, juara Hardcore, juara tag-team sebanyak enam kali dan pemenang Royal Rumble pada 2007.

Dia mengumumkan persaraan pada Jun lalu dan pertemuan dengan AJ Styles di WrestleMania adalah perlawanan terakhirnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 1:55 PM