KHAIRUL (kanan) dan Haiqal kini dilatih Miller.
KHAIRUL (kanan) dan Haiqal kini dilatih Miller.
Aida Adilah Mat


DUA jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi sah akan meneruskan latihan di bawah bimbingan pengarah teknikal olahraga, Dwayne Miller di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dan tidak lagi bersama jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Keputusan itu dicapai selepas berlangsung pertemuan menerusi aplikasi Zoom membabitkan semua pihak hari ini.

Ketua jurulatih olahraga, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata, semua perkara berbangkit diselesaikan secara baik, malah Poad bersetuju melepaskan kedua-dua atlet pecut itu demi negara.

''Hari ini (semalam) berlangsung perbincangan antara wakil MSN, KOM, Miller dan juga Poad. Semua selesai dengan baik. Poad setuju melepaskan Khairul dan Haiqal atas sebab demi negara.

''Saya juga berjumpa dengan Khairul dan Haiqal dan mereka menyatakan persetujuan meneruskan latihan bersama Miller selepas dipersetujui Poad,'' katanya.

Manshahar berkata, apa dibuat KOM dan MSN itu demi kebaikan semua pihak dan sukan olahraga negara dan tiada niat untuk memisahkan atau menyisihkan sesiapa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 11:29 PM