PENGURUS Norway Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
PENGURUS Norway Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
AFP

MANCHESTER United terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Wolves dalam pusingan ketiga Piala FA manakala juara bertahan Manchester City memulakan misi mempertahankan gelaran dengan kemenangan 4-1 ke atas Port Vale awal pagi tadi.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer gagal mencipta sebarang jaringan tepat dalam liga domestik buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Mudah ditewaskan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris Rabu lalu, United sekali lagi tampak bergelut memburu momentum dan kini berdepan aksi ulangan di Old Trafford pada akhir Januari.

Solskjaer yang mempertahankan pasukannya biarpun terus mempamerkan aksi hambar berkata: “Saya lebih gembira dengan perlawanan ulangan daripada tersingkir. Ia keputusan yang adil dan kami masih kekal dalam saingan.

“Tempat yang sukar untuk dikunjungi. Mereka mempunyai peluang. Sergio Romero menyelamatkan bola dengan cemerlang.

“Dia memberi tekanan kepada David de Gea dan itulah yang kami mahukan. Kami mahukan pemain terbaik dunia di sini.”

Solskjaer membuat tujuh pertukaran di Molineux dengan aksi pertama separuh akhir Piala Liga menentang Manchester City menghampiri awal pagi Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 9:15 AM