ROMERO sedia kembali ke United. -FOTO Agensi
ROMERO sedia kembali ke United. -FOTO Agensi
Agensi

London: Sergio Romero dilaporkan berminat untuk kembali ke Manchester United dan bermain sebagai pengganti kepada David de Gea walaupun meninggalkan kelab itu pada musim panas lalu.

Pemain Argentina itu meninggalkan Old Trafford dengan penuh kontroversi selepas jarang menjadi pilihan dalam kesebelasan utama.

Romero juga melihat kemungkinan perpindahannya sebagai pinjaman Everton ditolak United yang menyebabkan isterinya, Eliana secara terbuka mengkritik kelab itu.

Eliana menulis: "Sergio Romero berusaha keras untuk kelabnya.

"Piala terakhir yang mereka menangi, mereka menjulang bersamanya.

"Dia membantu pasukan itu mencapai empat perlawanan akhir/separuh akhir dan kemudiannya berada di bangku simpanan.

"Sudah tiba masanya untuk mereka mengembalikan peluang dan melepaskan," katanya.

Romero kemudiannya menyertai kelab Itali, Venzia pada Oktober 2021 tapi akan bebas sebagai ejen secara percuma pada 30 Jun ini.

Menurut Manchester Evening News, Romero berminat untuk kembali ke United dan bersedia menjadi pemain kedua selepas De Gea.

Kekosongan sebagai penjaga gol akan terbuka selepas Dean Henderson bersedia untuk berpindah ke Nottingham Forest.

Romero masih menyukai bekas kelabnya itu dan dia akan sentiasa bersedia untuk kembali jika tawaran dibuat kepadanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2022 @ 12:19 PM