Grealish sebelum ini di buru United
Grealish sebelum ini di buru United
Agensi

Jack Grealish mengakui bahawa dia sebelum ini dalam keadaan '50-50' sama ada mahu terus kekal di Aston Villa musim ini.

Bagaimanapun kapten Villa baru-baru ini menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama kelab itu sekali gus mengakhiri spekulasi berhubung masa depannya.

Manchester United dikatakan berminat untuk membawa Grealish ke Old Trafford namun kontrak baru yang ditandatangani pemain berusia 25 tahun itu melenyapkan segala impian.

Biarpun mempertaruhkan masa depannya bersama Villa, Grealish sebelum ini mengakui itu bukan jaminan namun selepas perbincangan bersama barisan tertinggi Villa dia membuat keputusan untuk terus kekal bersama kelab itu.

"Ya saya rasa begitu," kata Grealish ketika ditanya mengapa dia berasakan was-was untuk terus terus kekal di Villa Park.

"Saya menempuh satu musim yang hebat tahun lalu dan itu menimbulkan minat saya untuk mencuba kelab lain.

"Tapi saya percaya yang apa yang berlaku ini kerana ini kerana bersebab dan saya baru menandatangni kontrak baru bersama Aston Villa dan kini boleh tersenyum."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 12:10 PM