Axel Tuanzebe. FOTO Agensi
Axel Tuanzebe. FOTO Agensi
AFP

London: Aston Villa menandatangani pemain pertahanan Axel Tuanzebe dari seteru Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United sebagai pemain pinjaman semusim umum kelab itu hari ini.

"Aston Villa berbesar hati mengumumkan berjaya mengikat pemain pinjaman Axel Tuanzebe dari Manchester United," menurut kenyataan kelab itu.

Tuanzebe kembali ke Villa Park selepas dua tahun membantu kelab itu melangkah ke liga utama EPL menerusi play off Liga Kejuaraan.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 30 penampilan buat Villa dalam semua kejohanan musim itu sebelum kembali ke Old Trafford.

Tuanzebe beraksi 10 kali buat Manchester United bersama pasukan utama dalam kempen 2019/20 dan tampil dalam 18 perlawanan lagi dalam semua kejohanan buat Red Devils musim lalu, memungut tujuh kad kuning dalam 13 perlawanan awalnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 10:55 PM