De Dea dijangka tinggalkan United. FOTO REUTERS
De Dea dijangka tinggalkan United. FOTO REUTERS
Agensi

MANCHESTER United sedang mencari penjaga gol berkaliber di benua Eropah selepas mendapat khabar mereka mungkin terpaksa menjual David De Gea pada Januari depan.

De Gea masih belum menandatangani kontrak baru ditawarkan United bernilai £350,000 (RM1.8 juta) seminggu biarpun sudah berbincang mengenainya sejak beberapa bulan lalu.

Dengan peluang untuknya berbuat demikian semakin tipis, dia tidak rugi apa-apa jika berhijrah apabila kontraknya berakhir pada penghujung musim.

Andai United gagal mencabar empat kedudukan teratas menjelang awal hujung tahun, De Gea sudah tentu mahu menyertai kelab di tempat lain.

Ketika kelab itu terdesak untuk mengekalkannya, ramai pemerhati mengatakan dia akan dijual pada jendela perpindahan selepas ini untuk mengelak yuran lebih tinggi.

Malah, kelab Old Trafford itu juga menyusun pelan semasa sekiranya masalah dengan penjaga gol Sepanyol itu masih tidak berakhir.

Pemain Argentina, Sergio Romero yang mempunyai kontrak sehingga 2021 menjadi satu lagi pilihan untuk lanjutan 12 bulan lagi yang dianggap penjaga gol pengganti.

Sekalipun Dean Henderson kembali dipinjamkan kepada Sheffield United, yang mempunyai kontrak selama setahun, dia masih dianggap salah seorang daripada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 8:00 PM