LACAZETTE antara pemain yang dikhabarkan akan dilepaskan Arsenal. FOTO AFP
LACAZETTE antara pemain yang dikhabarkan akan dilepaskan Arsenal. FOTO AFP
Agensi

MIKEL Arteta dilihat terdesak untuk meneruskan kecemerlangan meraih Piala FA menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan namun beliau sedar harus mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk mendapatkan pemain yang diinginkan.

Apa yang boleh dilakukan ialah dengan menjual sembilan pemain menjelang jendela perpindahan dalam usaha untuk meraih dana sebanyak mungkin.

Salah seorang pemain yang mungkin akan menjadi mangsa ialah penyerang Perancis, Alexandre Lacazette, yang tidak terjamin tempatnya dalam kesebelasan utama.

Arteta menamatkan kempen sulung menjadi pengurus Gunners dengan meraih trofi Piala FA selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Chelsea semalam.

Bagaimanapun, banyak lagi kerja perlu dilakukan jika kelab berkenaan mahu mencabar pasukan seperti Manchester City dan Liverpool musim depan.

Arteta sedar beliau harus memperkuatkan beberapa posisi namun masalahnya sekarang adalah dari segi bajet untuk mendapatkan pemain baru.

Kejayaan merangkul Piala FA sedikit sebanyak membantu mereka dari segi kewangan apabila bakal memperoleh £30 juta (RM166 juta) selepas berjaya melayakkan diri ke Liga Europa musim depan.

Bagaimanapun, Arteta beliau harus menjual pemain jika berhasrat untuk mendapatkan bintang yang menjadi sasaran utamanya,

Berdasarkan laporan Daily Mail, sembilan pemain utama bakal ditunjukkan jalan keluar dari Stadium Emirates.

Laporan berkenaan mendakwa antara pemain yang bakal dijual ialah Sokratis Papastathopoulos, Matteo Guendouzi, Lucas Torreira, Henrikh Mkhitaryan dan Sead Kolasinac.

Arteta dilihat kepingin untuk membawa masuk pemain Atletico Madrid, Thomas Partey dan seorang lagi pertahanan tengah, walaupun sudah mempunyai William Saliba.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 1:59 PM