JERSI yang akan digunakan untuk perlawanan final Piala FA. FOTO Agensi
JERSI yang akan digunakan untuk perlawanan final Piala FA. FOTO Agensi
Agensi

PENYOKONG Arsenal berasakan mereka kembali ke zaman dahulu selepas kelab itu berkongsi gambar terbaharu jersi untuk final Piala FA.

Gunners memutuskan untuk mengubah bentuk nombor dan perkataan di belakang jersi untuk perlawanan final menentang Chelsea awal pagi Ahad ini.

Namun penyokong Arsenal mendakwa ia kelihatan sangat buruk sekali gus bakal memberi 'kelebihan awal' kepada Chelsea.

Gambar yang dimuat naik di Twitter kelab itu menunjukkan jersi Kieran Tierney dengan bentuk perkataan retro.

Seorang penyokong berkata: "Siapa yang reka perkataan itu, adakah William Shakespeare? Sangat memalukan. Tiada peluang untuk menang pada final nanti."

Seorang lagi menambah: Bentuk perkataan itu sangat mengganggu saya.

Bagi seorang lagi pengguna Twitter, dia berkata: "Ini Arsenal FC, bukan FC Death Metal Music."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 9:19 PM