Maurizio Sarri. FOTO File Reuters
Maurizio Sarri. FOTO File Reuters
AFP

MAURIZIO Sarri tiba di Turin, awal pagi ini dan akan diperkenalkan dalam satu majlis sebagai jurulatih baharu gergasi Serie A, Juventus.

“Sarri sudah tiba di Turin,” kata kelab itu menerusi laman web mereka bersama gambar bekas bos Chelsea itu keluar dari jet persendirian.

“Ketua jurulatih baharu Juventus itu sudah mendarat di Turin awal pagi ini. Selamat datang Sarri.”

Bekas pegawai bank berusia 60 tahun itu dijangka mengadakan sidang akhbar pertama di ‘Gianni and Umberto Agnelli Hall’ Juventus dekat Stadium Allianz, hari ini.

Di dewan sama bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memberikan sidang akhbar pertama selepas ditandatangani pada Julai tahun lalu.

Sarri kembali ke Itali menerusi perjanjian tiga tahun selepas meninggalkan pasukan tempat kelahirannya Napoli ke Stamford Bridge, tempat dia berdepan kempen yang bermasalah.

Dia gagal mendapat kepercayaan Chelsea walaupun membawa kembali kelab itu ke Liga Juara-Juara menerusi tempat ketiga dalam Liga Perdana dan menang Liga Europa yang juga trofi utamanya selaku jurulatih.

Sarri mengambil alih tugas berkenaan daripada Massimiliano Allegri yang membawa Juventus memenangi kejuaraan Scudetto buat kali kelapan namun dianggap gagal dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 8:31 AM