ZAPATA (kiri) meletakkan Atalata di depan sebelum Pessina menyamakan kedudukan untuk keputusan seri 1-1. FOTO AFP
ZAPATA (kiri) meletakkan Atalata di depan sebelum Pessina menyamakan kedudukan untuk keputusan seri 1-1. FOTO AFP
AFP

MATTEO Pessina menjaringkan gol penyamaan untuk Hellas Verona mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan dalam aksi Serie A.

Atalanta berkongsi mata Inter Milan di tangga kedua, tetapi enam mata di belakang pendahulu Juventus.

Pemain pinjaman, Pessina menjaringkan gol pada minit ke-59 hanya beberapa minit selepas penyerang Colombia, Duvan Zapata meletakkan pelawat di depan.

"Bercakap mengenai Scudetto memang tidak pernah habis. Sejak liga disambung semula, kami mendapat keputusan baik, tetapi ia bukan sasaran utama kami kerana Juventus juga melakukan perkara yang sama.

"Tumpuan kami adalah Liga Juara-Juara. Kami banyak fikirkan mengenai PSG," kata pengendali Atalanta, Gian Piero Gasperini yang pasukannya akan bertemu PSG pada kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara bulan depan.

Harapan Atalanta untuk menjulang Scudetto pertama mereka dalam sejarah 112 tahun kelab juga semakin tipis dengan hanya berbaki empat perlawanan

Verona, yang berada di tangga kesembilan dibimbing oleh bekas pemain tengah Croatia Ivan Juric, iaitu pemain pernah beraksi di bawah Gasperini di Genoa dan menjadi penolongnya di Inter Milan dan kemudian di Palermo.

AC Milan pula meneruskan rentak cemerlang sejak liga bersambung sebelum apabila berjaya mencatat kemenangan 5-1 ke atas Bologna untuk melonjak ke tangga keenam dan berada di kedudukan layak ke Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 2:19 PM