HAMILTON meraikan kejuaraan sulungnya musim ini di GP Styrian. FOTO AFP
HAMILTON meraikan kejuaraan sulungnya musim ini di GP Styrian. FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton merangkul kejuaraan pertama musim ini dan yang ke-85 dalam kariernya selepas menguasai saingan bermula dari petak utama seterusnya membantu Mercedes merangkul juara 1-2, di Grand Prix (GP) Styrian.

Juara dunia enam kali itu bangkit dari permulaan mengecewakan di perlumbaan pembukaan musim di GP Austria iaitu litar sama Red Bull Ring minggu lalu.

Rakan sepasukannya, Valtteri Botas, yang muncul juara perlumbaan pembuka tirai, menamatkan saingan di tempat kedua selepas ketinggalan 13.7 saat di belakang.

Ia adalah kemenangan 1-2 pertama Marcedes di Austria sejak 2015 dan tempat ketiga pula diraih Max Verstappen.

"Ia sangat menggembirakan selepas berjaya memenangi perlumbaan di sini dan terima kasih kepada rakan sepasukan.

"Ia seperti satu tempoh yang panjang selepas saya agak bergelut dalam perlumbaan hujung minggu lalu," kata Hamilton.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 11:27 PM