HAMILTON meraih podium kedua. FOTO AFP
HAMILTON meraih podium kedua. FOTO AFP
Agensi

Spielberg: Lewis Hamilton mengakui agak mustahil untuknya bersaing dengan Max Verstappen pada perlumbaan yang 'sunyi' untuk pelumba Mercedes itu di Grand Prix Styrian.

Hamilton pada awalnya mampu bersaing dengan pelumba Red Bull itu namun Verstappen mula melebarkan jarak sekali gus meraih kemenangan dengan selesa di Spielberg.

"Perlumbaan hari ini (semalam) agak sunyi," kata Hamilton selepas berakhir perlumbaan GP Styrian.

"Saya cuba untuk bersaing tetapi mereka mempunyai kepantasan. Mereka nampaknya meraih banyak peningkatan sejak beberapa perlumbaan lalu dan mustahil untuk saya mengejarnya.

"Saya tidak pasti di mana kelemahan kami tetapi mereka nampaknya pantas di laluan lurus.

"Saya memang rasakan kami kehilangan banyak masa di laluan lurus. Apapun, kami masih dapat mengumpul mata dan cuba untuk terus bersaing."

Jelas Hamilton, pasukannya perlu memperbaiki prestasi jentera dan meningkatkan keupayaan bagi membolehkan mereka dapat bersaing dengan Red Bull.

"Apapun yang berlaku, kami perlu bangkit dan cuba tingkatkan keupayaan jentera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 12:28 PM