STROLL ketika beraksi di GP Qatar. FOTO Reuters
STROLL ketika beraksi di GP Qatar. FOTO Reuters
AFP

Doha: Pemandu Aston Martin, Lance Stroll berkata dia seperti 'pengsan' dan mengalami penglihatan kabur semasa berlumba di Grand Prix (GP) Qatar Ahad.

Anak lelaki pemilik pasukan Kanada, Lawrence Stroll berusia 24 tahun itu menduduki tempat ke-11 dalam perlumbaan selepas itu dengan beberapa pemandu mengaku muntah dalam topi keledar perlumbaan mereka manakala yang lain dirawat di pusat perubatan litar kerana mengalami dehidrasi teruk.

"Ia tidak masuk akal. Suhu di sini membuatkan semuanya menjadi kabur. 25-30 pusingan terakhir ia hanya kabur di selekoh berkelajuan tinggi.

"Tekanan darah menurun, hanya tidak sedarkan diri, pada asasnya, di selekoh berkelajuan tinggi.

"Saya tidak dapat melihat ke mana saya pergi kerana saya tidar sedar. Suhu terlalu tinggi."

Pemandu Williams, Alexander Albon dan Logan Sargeant kedua-duanya mengalami keletihan teruk akibat kepanasan dan penghidratan.

Albon dimasukkan ke pusat perubatan untuk rawatan selepas Sargeant keluar daripada perlumbaan selepas mengadu sakit di dalam keretanya.

Dalam satu kenyataan, Williams berkata: "Susulan GP Qatar, Alex dibawa ke pusat perubatan untuk dirawat akibat pendedahan haba akut. Dia kini dinilai dan dibersihkan oleh pasukan perubatan."

Perlumbaan itu menyaksikan Lewis Hamilton gagal menamatkan saingan selepas berlanggar dengan rakan sepasukan Mercedes, George Russell sebelum Max Verstappen yang baru dinobatkan sebagai juara dunia memenangi perlumbaan di GP Qatar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Oktober 2023 @ 11:41 AM