Jessica (tengah) peminat setia Chelsea. FOTO Agensi
Jessica (tengah) peminat setia Chelsea. FOTO Agensi
Agensi

MISS BumBum UK, Jessica Lopes berjanji akan berbogel jika Chelsea menang Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas model Playboy, yang pernah menanggalkan pakaian di hadapan Bangunan Parlimen adalah antara peminat utama skuad The Blues itu.

Dia berjanji akan berbogel jika skuad kendalian Frank Lampard mampu menjulang kejuaraan UCL.

Menurut Daily Star dia memberitahu : "Jika Chelsea menang Liga Juara-Juara saya akan berbogel bersama jersi mereka, tiada apa yang dapat menghalang saya."

Wanita jelita berambut perang berkenaan tidak asing lagi dengan aksi seksi tanpa pakaian di hadapan kamera.

Dia menarik perhatian ramai netizen dengan maklum balas nakal selepas beraksi separuh bogel untuk majalah Playboy Portugal.

Dan model dari Brazil berkenaan mengadakan sesi fotografi istimewa sebagai penghargaan kepada bintang Chelsea, Willian sekitar 2016.

Aksi ghairah Jessica berjaya menarik perhatian kira-kira 175,000 pengikut Instagram.

Dia berpindah ke Britain untuk mengembangkan karier modelingnya selepas berjuang dengan penyakit kanser ovari pada 2015.

Jessica mengambil bahagian dalam pertandingan Miss BumBum pada 2012 namun malangnya dia kalah.

Dia membuat kemunculan semula di pentas itu selepas diletakkan sebagai wakil dari UK dalam pertandingan sama pada 2019.

Namun Chelsea memerlukan keajaiban untuk bangkit jika mahu menjulang kejuaraan Eropah selepas tewas 0-3 pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri ke atas Bayern Munich pada Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 6:46 PM