Conte mahu pengurusan pertingkat kekuatan skuad. FOTO REUTERS
Conte mahu pengurusan pertingkat kekuatan skuad. FOTO REUTERS
Reuters

JURULATIH Inter Milan Antonio Conte yang berang, menyalahkan pengarah kelabnya kerana membuat perancangan buruk selepas pasukannya mensia-siakan kelebihan dua gol dan tewas 3-2 kepada Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Jurulatih terbabit jelas naik angin, menyatakan skuadnya dianggap ‘nipis’ dan memiliki pemain tidak berpengalaman untuk bersaing pada dua kejuaraan besar.

Dia juga menyatakan pengarah kelab perlu berdepan kamera televisyen termasuk dirinya sendiri.

“Sesetengah kesilapan penting berlaku di peringkat perancangan, kita tidak boleh bermain dalam Liga Juara-Juara (UCL) dan Serie A dengan skuad yang kecil,” kata Conte selepas perlawanan di Dortmund, awal pagi tadi.

“Saya letih untuk mengatakan benda sama berulang kali, mungkin mereka patut datang ke sini dan berkata sesuatu.

“Saya berharap masalah ini akan dapat menjelaskan beberapa perkara.”

Bagaimanapun, tiada sebarang reaksi diberikan oleh kepimpinan kelab itu berhubung kenyataan dibuat oleh Conte.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 7:36 PM