FIGC hanya menunggu lampu hijau kerajaan untuk memulakan saingan Serie A. FOTO AFP
FIGC hanya menunggu lampu hijau kerajaan untuk memulakan saingan Serie A. FOTO AFP
AFP

PERSEKUTUAN Bolasepak Itali (FIGC) mengumumkan semalam semua kejohanan di bawah mereka termasuk Serie A, kekal ditangguhkan sehingga 14 Jun.

The Lega Serie A berharap dapat kembali diaadakan pada 13 Jun namun FIGC menolak tarikh berkenaan sejajar dengan saranan kerajaan untuk tidak mengadakan sebarang acara sukan sehingga bulan depan.

FIGC berkata, tarikh yang dipilih sebelum ini masih belum muktamad sehingga ada keputusan dari pihak kerajaan.

Bagaimanapun, 13 Jun itu hanyalah tarikh berkemungkinan dan masih lagi dalam cadangan.

Musim liga di Itali ditangguhkan sejak 9 Mac lalu berikutan pandemik Covid-19 membunuh lebih daripada 32,000 orang di negara berkenaan.

Bagaimanapun, Pedana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata Sabtu lalu, beliau mahu lebih banyak jaminan sebelum memberi lampu hijau untuk saingan bola sepak boleh diteruskan.

Satu perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat antara Conte dan semua pemilik kelab.

Jawatankuasa saintifik dan teknikal kerajaam akan membuat keputusan dalam beberapa hari ini sama ada mereka menerima pemohonan baru peraturan kesihatan untuk membolehkan latihan berkumpulan dan kejohanan disambung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 2:34 PM