CHELSEA ungguli Liga Perdana musim lalu.
CHELSEA ungguli Liga Perdana musim lalu.
Agensi

Milan: Jurulatih Itali Antonia Conte enggan mengulas mengenai masa depannya ketika sidang media pertamanya semalam sejak mengumumkan akan meletak jawatan selepas EURO 2016.

Pengumuman Conte pada Selasa lalu merancakkan spekulasi media Britain pengurus berusia 46 tahun itu akan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea musim depan, namun jurulatih berkenaan berkata tidak mahu membincangkannya secara terbuka.

“Buat masa ini tiada apa yang menarik perhatian saya. Saya masih jurulatih pasukan kebangsaan dan pengalaman itu banyak mengajar saya,” katanya sewaktu sidang media di pusat latihan Itali.

“Pengalaman itu begitu menakjubkan dan luar biasa. Saya sentiasa cemburukan jurulatih yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia atau Kejohanan Eropah,” kata Conte yang mengambil alih pasukan itu selepas Piala Dunia 2014 dan hanya tewas dua perlawanan, kedua-duanya aksi persahabatan.

Conte yang tamat kontraknya selepas EURO 2016 berkata, beliau diminta menjelaskan kedudukannya oleh Persiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) Carlo Tavecchio minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 7:38 AM