HEUNG-Min bangga menunjukkan pencapaianya selepas tamat latihan asas ketenteraan. FOTO AFP
HEUNG-Min bangga menunjukkan pencapaianya selepas tamat latihan asas ketenteraan. FOTO AFP
AFP

PENYERANG Tottenham Hotspur, Son Heung-Min disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima rekrut terbaik dalam unitnya selepas menamatkan sesi latihan asas ketenteraan wajib selama tiga minggu di Korea Selatan.

Tentera marin Korea Selatan memuatnaik gambar Heung-Min di Facebook sedang memegang senjata M-16 sambil melakukan tabik hormat.

Di bawah undang-undang di Korea Selatan, sebelum berusia 28 tahun, rakyat mereka perlu melengkapkan tempoh selama 21 bulan untuk perkhidmatan negara kecuali jika mendapat pelepasan.

Heung-min mendapat pelepasan selepas memenangi pingat emas bersama skuad kebangsaan pada Sukan Asia 2018 tetapi bersedia untuk menjalani latihan jangka masa pendek.

April lalu, dia dilaporkan menyertai kem latihan marin Korea Selatan di Selatan Pulau Jeju di mana dia akan melengkapkan sesi latihan asas ketenteraan.

Dia dipilih sebagai antara lima rekrut terbaik daripada 157 orang, jelas jurucakap Tentara Marin Republik Korea.

"Heung Min melakukan latihan yang cemerlang dalam semua latihan, termasuk etika ketenteraan dan pengajian keselematan," katanya.

Ramai yang memberi tanda suka apabila gambarnya terpampang di Facebook.

"Dia berjaya melakukan dengan kelas tersendiri. Saya adalah peminatnya," kata salah seorang veteran marin Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 3:39 PM