Jota (tengah) bantu Liverpool ledak dua gol. FOTO AFP
Jota (tengah) bantu Liverpool ledak dua gol. FOTO AFP
AFP

London: Liverpool kembali ke prestasi terbaik apabila menewaskan Arsenal 3-0 di Emirates sekali gus menghidup peluang menamatkan saingan di kedudukan empat teratas Liga Perdana.

Diogo Jota yang dimasukkan dari bangku simpanan meledakkan dua gol di samping Mohamed Salah mencetak gol ke-26 peribadi musim ini membolehkan skuad bimbingan Jurgen Klopp merapatkan jurang dengan pasukan di kedudukan keempat Chelsea kepada dua mata.

Kemenangan itu dilihat seperti Liverpool kini sudah menemui rentak mereka sebelum ini dan ia bekalan terbaik buat Klopp menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid Selasa ini.

Kekalahan mengejutkan Chelsea 2-5 di laman sendiri kepada West Brom membuka ruang buat kepada kedua-dua pasukan untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas liga.

Dalam aksi itu Liverpool dilihat begitu bersemangat mengejar kemenangan ketika Arsenal seperti longlai tidak bersemangat.

Jota hanya memerlukan tiga minit untuk membuka jaringan selepas dimasukkan, apabila dia menanduk hantaran lintang Trent Alexander-Arnold pada minit ke-64.

Empat minit kemudian, Salah memastikan kemenangan sebelum Jota meledak gol keduanya lapan minit sebelum tamat permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 April 2021 @ 8:19 AM