ALLI (kanan) mahu bawa pulang trofi untuk Spurs. -Foto Reutes
ALLI (kanan) mahu bawa pulang trofi untuk Spurs. -Foto Reutes
AFP

LONDON: Dele Alli berikrar untuk mengakhiri penantian 11 tahun Tottenham bagi menjulang trofi utama, apabila pasukannya memasuki pertembungan separuh akhir Piala Liga, berdepan Chelsea.

Tottenham belum memenangi sebarang kejohanan utama sejak menewaskan Chelsea pada final Piala Liga musim 2008.

Tetapi pemain tengah Tottenham, Alli yakin kelab utara London itu akhirnya akan menambah koleksi trofi mereka pada musim ini. 

Pada masa sama, Tottenham juga masih bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA, serta mempunyai peluang untuk memburu gelaran Liga Perdana. 

Namun, Piala Liga bakal menawarkan peluang pertama bagi mengakhiri kemarau itu dengan pertemuan pertama daripada empat perlawanan terakhir bertemu Chelsea di Wembley. 

Meskipun Piala Liga sering dipandang sepi oleh kelab utama lain, bintang England itu berkata, pasukan bimbingan Mauricio Pochettino perlu menggunakan kejohanan berkenaan sebagai pemangkin dalam kejayaan yang lebih banyak. 

“Saya rasa dalam setiap permainan, setiap kejohanan, anda mahukan kemenangan,” kata Alli.

“Sebagai pemain, anda mahu pergi sejauh mungkin yang boleh (kejohanan), dengan harapan untuk memenanginya.

“Kami mahu memenangi trofi, itu adalah sasaran kami dan kami bermain dengan bagus.”

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 10:56 AM