Dele Alli kelihatan kecewa selepas digantikan. FOTO Reuters
Dele Alli kelihatan kecewa selepas digantikan. FOTO Reuters
Agensi

IA malam yang mengecewakan buat Tottenham Hotspur ketika mereka tewas 0-1 di gelanggang sendiri berdepan RB Leipzig dalam kempen Liga Juara-Juara saingan 16 terakhir.

Spurs tewas menerusi gol tunggal penalti disempurnakan Timo Werner pada separuh kedua di Stadium Tottenham Hotspur, dengan aksi memukau RB Leipzig di utara London ketika mereka memastikan kelebihan dalam perlawanan pertama sebelum bertarung pada perlawanan timbal balik di Jerman bulan depan.

Skuad kendalian Mourinho agak kecewa dengan aksi menghampakan itu, salah seorang daripadanya Dele Alli, yang sukar membendung kekecewaan selepas digantikan pada separuh masa kedua perlawanan.

Alli dikeluarkan selepas 64 minit dan pemain antarabangsa England itu digantikan dengan Erik Lamela.

Dia ternyata tidak gembira dengan keputusan itu apabila bertindak membaling botol minuman ke atas lantai dan menunjukkan wajah muram di bangku simpanan, dengan barisan pasukannya meratapi kekecewaan menerusi jaringan Werner.

Namun Mourinho yang diminta bercakap mengenai reaksi Alli pada sidang media selepas perlawanan berkata : “Saya fikir dia berang dengan prestasinya. Bukan dengan saya,” kata ketua jurulatih Spurs itu.

“Saya fikir dia faham kenapa saya membawanya keluar dan pasukan menunjukkan peningkatan.”

Dele Alli (kiri) digantikan pada babak kedua perlawanan. FOTO AFP
Dele Alli (kiri) digantikan pada babak kedua perlawanan. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 2:51 PM