BIRAGHI (kanan) menjaringkan gol pertama Inter di Stadium San Siro. FOTO AFP
BIRAGHI (kanan) menjaringkan gol pertama Inter di Stadium San Siro. FOTO AFP
AFP

INTER Milan melangkah ke pusingan kedua Liga Europa selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas kelab Bulgaria, Ludogorets untuk agregat 4-1 ketika beraksi tanpa penonton di Stadium San Siro.

Kerajaan Itali memutuskan supaya perlawanan itu berlangsung tanpa kehadiran penonton susulan wabak koronavirus yang melanda kawasan sekitar Milan.

Itali adalah negara terbesar di Eropah yang mempunyai jumlah kes koronavirus apabila 650 orang disahkan menghidapi wabak itu dan mencatatkan 17 kematian.

“Ia situasi yang agak janggal. Kehadiran orang ramai adalah amat penting dalam bola sepak. Tanpa penonton, ia hilang seri.

“Apapun keselamatan orang ramai lebih penting. Kami menerima keputusan ini,” kata Pengarah Inter, Giuseppe Marotta.

Barisan pemain dan staf kejurulatihan Ludogorets memasuki stadium dengan memakai penutup muka serta sarung tangan.

Ludogorets di depan minit ke-26 menerusi gol pemain tengah Brazil, Cauly Oliveira.

Cristiano Biraghi menyamakan kedudukan enam minit kemudian sebelum Romelu Lukaku menambah gol kedua pada masa kecederaan babak pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 10:13 AM