Wijnaldum (kanan) ketika aksi berdepan Everton dalam Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
Wijnaldum (kanan) ketika aksi berdepan Everton dalam Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP
Agensi

London: Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum dijangka menuju ke Inter Milan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Situasi kontrak pemain berusia 30 tahun di Anfield kekal tidak diselesaikan dan ia menambah minatnya untuk meninggalkan kelab itu apabila kontraknya tamat pada penghujung kempen musim ini.

Wijnaldum dicanang untuk bersatu semula dengan bekas pengendali Belanda, Ronald Koeman di Barceloan, tetapi dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke Itali.

Malah beberapa media di negara Itali itu mendakwa perpindahan ke Inter hampir menjadi kenyataan sekali gus mengesahkan minat yang ditunjukkan pengarah sukan kelab itu, Guiseppe Marotta.

Bercakap kepada Sports Mediaset, seorang wartawan Claudio Raimond berkata: "Dia seorang yang merendah diri dan dapat memanfaat pasaran ejen bebas: [Guiseppe] Marotta sebelum ini melihat kepada Georginio Wijnaldum."

Rakan sejawatan, Sandro Sabatini turut menambah: "Inter sudahpun berjabat tangan bersama Wijnaldum, sejak tahun lalu. Kemudian keputusan mereka adalah untuk melakukan sebagai perpindahan bebas."

Wijnaldum kekal sebagai pemain pilihan kelompok utama dalam skuad kendalian Jurgen Klopp sekalipun timbul pelbagai spekulasi mengenai masa depannya di kelab itu. Dia melakukan 24 penampilan dalam skuad utama pada aksi Liga Perdana musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 10:51 PM