KHABIB ditawar RM411 juta untuk bertemu Mayweather. FOTO Agensi
KHABIB ditawar RM411 juta untuk bertemu Mayweather. FOTO Agensi
Agensi

PENGURUS juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov, Ali Abdelaziz mendedahkan bintang Russia itu menerima tawaran sebanyak AS$100 juta (RM411 juta) untuk bertemu Floyd Mayweather dan Conor McGregor di Arab Saudi.

Abdelaziz turut mendedahkan tidak mungkin akan ada perlawanan semula membabitkan Khabib-McGregor tetapi ada kemungkinan untuk bertemu Mayweather.

Khabib menewaskan McGregor pada Oktober 2018 dan peminat mendesak supaya pertemuan kedua-duanya diatur semula.

Selepas McGregor menewaskan Donald Cerrone, Mayweather memberi bayangan mahu bertemu Khabib dan McGregor.

“Saya kenal beberapa individu di Arab Saudi dan mereka bertemu saya dan mahu membayar Khabib AS$100 juta untuk bertemu McGregor di Arab Saudi. Mereka juga mahu membayar Khabib jumlah sama untuk bertemu Floyd Mayweather juga di Arab Saudi.

“Ia tidak penting. Saya rasa anda mungkin akan dapat menyaksikan pertarungan Khabib-Mayweather. Sekarang yang saya fikirkan adalah seorang bernama Tony Ferguson. Khabib perlu tewaskan Tony terlebih dahulu,” katanya merujuk kepada pertemuan Khabib dengan Ferguson, April depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 11:12 PM