Khabib (kanan) hormat kontrak dengan UFC namun sedia pertimbangkan permintaan berdepan Mayweather. FOTO Agensi
Khabib (kanan) hormat kontrak dengan UFC namun sedia pertimbangkan permintaan berdepan Mayweather. FOTO Agensi
Agensi

Russia: Khabib Nurmagomedov mendedahkan dia menerima panggilan hampir setiap bulan dari Asia Barat dengan tawaran AS$100 juta (RM414 juta) untuk berdepan Floyd Mayweather.

Namun juara lightweight UFC yang tidak pernah tewas itu mahu kekal 'setia' kepada UFC dan menghormati kontraknya dengan mereka.

Menjelang pertembungan berdepan Justin Gaethje minggu depan dia memberitahu Yahoo! Sports: "Mayweather adalah cabaran baharu. Mayweather salah seorang yang terhebat sepanjang zaman dengan rekod, 50-0.

"Selalu, seperti setiap bulan ada orang menghubungi saya dan cuba bertanyakan adakah saya akan bertarung dengan Floyd Mayweather jika dibayar AS$100 juta.

"Ia seperti tidak masuk akal. Saya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan berdepan Justin Gaethje, jadi tolonglah.

"Setiap bulan, beberapa orang dari Arab Saudi, dari UAE, dari pelbagai negara, seperti selalu cuba menghubungi saya."

Mayweather, 43, bersara dari arena profesional pada 2017, selepas menumbangkan musuh Khabib di UFC, Conor McGregor.

Namun Mayweather mendedahkan dia mungkin kembali di gelanggang pertarungan untuk berdepan atlet Ireland berusia 32 tahun itu atau berdepan jaguh Russia, Khabib dengan meletakkan bayaran lumayan bagi kedua-dua pertarungan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 12:40 PM