MAYWEATHER (kiri) tidak sabar menanti Khabib. FOTO/AGENSI
MAYWEATHER (kiri) tidak sabar menanti Khabib. FOTO/AGENSI
Agensi

LONDON: Pengurus Khabib Nurmagomedov, Ali Abdelaziz yakin perlawanan antara anak buahnya dan Floyd Mayweather bakal menjadi kenyataan dan membuahkan hasil lumayan.

Khabib sebelum ini mendedahkan keinginannya untuk bertarung dengan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu sebaik saja mempertahankan gelaran lightweight dimilikinya selepas menewaskan Conor McGregor dalam acara utama UFC 229, baru-baru ini.

"Apa lagi Floyd, kita harus bertarung sekarang," kata petinju dari Russia itu dalam sebuah video yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Promosi Mayweather, Leonard Ellerbe.

"50 dan 0 melawan 27 dan 0, dua lelaki yang belum pernah tewas. Ayuh, kenapa tidak?

"Kerana dalam hutan hanya ada satu raja, hanya satu raja. Sudah tentu saya adalah rajanya. Kerana dia (Mayweather) tidak boleh tewaskan McGregor tetapi saya mudah menewaskannya."

Mayweather pantas menerima tawaran daripada petinju Russia itu tetapi enggan bertentang mata dengan 'The Eagle' itu di gelanggang Octagon.

Khabib tidak banyak menyuarakan mengenai kemungkinan pertarungan dengan bekas lima kali juara dunia itu tetapi Abdelaziz yakin pertemuan itu bakal berlaku.

"Sudah tentu, Khabib mahu bertinju dengan Floyd, tetapi saya katakan yang kami mempunyai kontrak bersama UFC, mereka membenarkan petinju Ireland ini (Conor McGregor) untuk bertarung," kata Abdelaziz kepada TMZ.

Pertembungan antara Mayweather dan Nurmagomedov tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini apabila petinju legenda ini bakal bertarung dalam satu aksi pertunjukan menentang Tenshin Nasukawa di RIZIN 14 pada ambang tahun baharu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 November 2018 @ 12:14 PM