AKSI Jasazrin (kiri) mengasak  pemain import Kedah, Jonatan  Bauman  di Stadium Darul Aman.
AKSI Jasazrin (kiri) mengasak pemain import Kedah, Jonatan Bauman di Stadium Darul Aman.
Asrol Awang

BEKAS pemain kebangsaan, Jasazrin Jamaluddin dipilih selaku kapten Felda United FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil berkata, pengalaman luas dimiliki pemain tengah itu termasuk menjadi penolong kapten musim lalu melayakkan Jasazrin mengetuai kalab itu.

"Saya percaya Jasazrin mampu memikul amanah diberikan terutama membimbing pemain muda untuk tampil dengan lebih yakin sebaik liga bermula nanti.

"Dia juga banyak memberi tunjuk ajar sepanjang latihan dan sudah pasti ia memberi manfaat kepada pasukan untuk mempamer prestasi lebih mantap," katanya.

Mohd Nidzam juga mengesahkan Khairul Amril Kamal yang juga penyerang import dari Singapura dilantik penolong kapten The Fighters.

Katanya, dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain senior itu diharap menjadi contoh kepada barisan pemain muda untuk membantu memperkasakan pasukan.

"Saya harap segala perancangan berjalan lancar dan semua pemain dapat membentuk persefahaman sebaik liga bermula nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 8:03 PM