Reaksi Unai Emery (tengah) ketika membimbing Arsenal bagi salah satu perlawanan Liga Perdana Inggeris. FOTO Reuters.
Reaksi Unai Emery (tengah) ketika membimbing Arsenal bagi salah satu perlawanan Liga Perdana Inggeris. FOTO Reuters.
AFP

UNAI Emery berkata ia adalah satu kebanggaan di beri tanggungjawab menjadi jurulatih Arsenal walaupun selepas dipecat daripada kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam selepas hanya 18 bulan bertugas.

Pengendali Sepanyol berusia 48 tahun itu dipecat berikutan kekalahan 1-2 ke atas Eintracht Frankfurt dalam perlawanan Liga Europa kelmarin, selain meneruskan tujuh perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan.

Pembantunya, Freddie Ljungberg mengambil alih tugas itu sebagai pengurus sementara dengan bekas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dan boss Wolves, Nuno Espirito Santo antara senarai pilihan terawal untuk mengisi kekosongan itu.

Di sebalik pemecatannya, Emery mengakui ia satu penghormatan untuk menguruskan kelab gergasi London itu.

“Ia adalah tahun yang penuh dengan emosi, saat hebat dan beberapa daripadanya sukar digambarkan,” katanya.

“Namun tiada sehari pun yang hilang tanpa menghalang saya daripada berfikir bertapa bertuahnya saya kerana dapat bekerja untuk kelab ini bersama pemain dan sikap profesional serta kualiti peribadi mereka.”

Bekas pemain Arsenal, Ljungberg berkata dia harus berkerja keras untuk memulihkan suasana di Arsenal.

“Sebagaimana lama saya berada di sini @Arsenal saya akan memberikan segalanya yang saya ada untuk menceriakan semula suasana,” menerusi Twitternya.

“Kami mempunyai minggu yang sibuk beberapa minggu akan datang dan pasukan ini memerlukan sokongan anda. Mari mulakan kerja!”

Arsenal berada dalam prestasi terburuk tanpa sebarang kejayaan sejak 1992, apabila beraksi lapan perlawanan tanpa kemenangan di bawah bimbingan George Graham.

Mereka kini berada lapan mata di belakang empat pasukan teratas selepas gagal memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak 6 Oktober lalu.

Emery dilantik meneruskan kesinambungan kejayaan tugas Arsene Wenger pada Mei 2018 selepas memenangi trofi di Sevilla dan Paris Saint-Germain dalam usaha untuk menjadikan Arsenal sebagai antara pasukan yang kembali bersaing dalam Liga Perdana.

Kelab itu yang tidak memenangi Liga Perdana sejak 2004, telah menamatkan tahun terakhir Wenger sepanjang 22 tahun berkhidmat di sebalik beberapa kejayaan memenangi piala.

Namun Arsenal yang hanya mampu menamatkan saingan musim lalu di tempat ke lima, sekali gus terlepas saingan Liga Juara-Juara buat tahun ketiga berturut-turut.

Emery membelanja lebih £130 juta (RM701.89 juta) pada penutup musim, membawa masuk beberapa pemain untuk memperkuatkan pasukan antaranya pemain sayap, Nicolas Pepe; pertahanan tengah, David Luiz dan pertahanan kiri, Kieran Tierney.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 8:44 AM