EMERY berdepan tugas berat untuk membawa Arsenal tanpa Arsene Wenger. Foto REUTERS
EMERY berdepan tugas berat untuk membawa Arsenal tanpa Arsene Wenger. Foto REUTERS
AFP

UNAI Emery berdepan tugas berat untuk membawa Arsenal keluar dari kekecewaan ketika Gunners menuju musim baru Liga Perdana Inggeris tanpa Arsene Wenger yang sudah menjadi pengendalinya sejak 22 tahun lalu.

Emery dilantik menggantikan Wenger selepas pengendali dari Perancis itu menamatkan musim lalu dengan hambar apabila Arsenal berada di kedudukan keenam Liga Perdana.

Arsenal akan membuka saingan dengan menentang juara musim lalu, Manchester City di Stadium Emirates malam esok, bakal memperlihatkan keupayaan Emery "mencuci kekotoran" yang ditinggalkan Wenger. 

Arsenal berada dalam keadaan tidak stabil sejak beberapa tahun lalu dan Wenger tidak dapat menghalang kemerosotan yang menyaksikan pemiliknya, Stan Kroenke membuat keputusan terhadap pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab walaupun pengendali dari Perancis berkenaan mahu kekal.

Arsenal sudah ketinggalan jauh berbanding empat pasukan utama ketika ini, jadi adalah sukar untuk membayangkan Emery mampu menyaingi pencapaian Wenger yang meraih tiga gelaran Liga Perdana dan tujuh Piala FA.

Bagaimanapun kembali ke Liga Juara-Juara dengan muncul empat pasukan teratas adalah menjadi keutamaan Emery dan ia perlu dilakukan dengan mengatasi City, Manchester United, Liverpool Tottenham atau Chelsea.

"Dulu Arsenal menang banyak perlawanan yang hebat, persembahan individu yang menarik dan pemain penyerang yang berkaliber," jelas bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher.

"Apa yang kita bakal lihat musim ini adalah Arsenal menang perlawanan secara taktikal. Apabila anda melihat kepada perlawanan dan akan berkata, itulah pengendalinya, beliau yang merancangnya.

"Beliau akan memberikan kesukaran kepada lawan apabila menentang mereka."

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 11:16 AM