MOURINHO (tengah) kagum persembahan Alli (kanan). — FOTO Reuters
MOURINHO (tengah) kagum persembahan Alli (kanan). — FOTO Reuters
Reuters

JOSE Mourinho memuji Dele Alli selepas pemain berusia 23 tahun itu mencetus inspirasi kemenangan 3-2 Tottenham Hotspur ke atas West Ham di Stadium London, malam tadi.

Menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris itu, Mourinho mencabar Alli, yang kelihatan tidak bermaya musim ini, untuk memperagakan kehebatan sebenarnya dan pengurus itu teruja dengan kemahiran individu pemain baharunya dalam laluan gol kedua Spurs.

Bola kelihatan hampir keluar sebelum Alli merebutnya di atas garisan dan menyungkit bola kepada Son Heung Min yang melakukan hantaran lintang kepada Lucas Moura.

“Dele terlalu bagus untuk menjadi seorang daripada pemain terbaik di dunia dan tidak bermain dengan pasukan kebangsaan,” kata Mourinho, yang memeluk erat pemain tengah itu ketika dia meninggalkan padang.

ALLI (tengah) kembali memperagakan aksi terbaiknya di Stadium London. — FOTO Reuters
ALLI (tengah) kembali memperagakan aksi terbaiknya di Stadium London. — FOTO Reuters

Alli turut memainkan peranan bagi gol pembukaan Heung Min dan kelihatan kembali ke tahap terbaiknya selepas beberapa persembahan hambar menyaksikannya kehilangan tempat dalam skuad England.

“Saya gembira buatnya, saya menghabiskan beberapa minit bersamanya di padang latihan dan di luar padang. Kami menyatakan persembahan terbaik Dele Alli perlu kembali,” kata Mourinho.

Pengurus itu nyata gembira menyaksikan pasukannya menang kali pertama di gelanggang lawan dalam tempoh 10 bulan namun beliau sedar perlu mengukuhkan benteng pertahanan yang bolos dua gol lewat serta hanya sekali tidak dibolosi sepanjang musim.

“Saya amat gembira sebelum kami dibolosi dua gol itu, kami bermain dengan baik, melaksanakan permainan yang kami cuba ketika latihan.

“Tapi apa yang penting menang, tidak kira macam mana pun. Pemain gembira dan itulah yang saya mahukan,” kata Mourinho.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 November 2019 @ 10:59 AM